belog ini 100% taipan empunya belog.segala isu yang dibangkitkan adalah pendapat dan pandangan sahaja.take it or leave it.thank you

Monday, August 9, 2010

a day at tournament taekwondo part 2

salam semua.


harini nak sambung pasal tournament semalam.yep.tujuan semalam disambungkan cerita sebab rasa macam dah panjang jer entri.dah la gambar x banyak.nanti kalian bosan pulak then kata belog ni sungguh membosankan.mana tuan belog nih?mahu belasah sama dia.lalu,tuan belog pun berlari kedek2 ayam sambil menjerit bunyi kucing.meow!moew!meow!.erk!terlebih sudah.


mari kita bersambung kepada ayat semalam iaitu bersambung.dush!dapat penumbuk free dari ultraman daiga.


okeh.okeh.nak sambung la ni.sabtu haritu lepas tengok rakan-rakan bertarung dengan semangat,tengok-tengok dah sampai turn 68.cuak terus.aku turn yang ke 75.tertera cap sirim kat tangan aku 75R-80R-D.mintak nasihat incik alip.dia kata chopping kepala lawan aku tu n bunuh je.aiyark!saya mahu bunuh lipas pun saya lari inikan mahu bunuh manusia.sangat kejam.


selepas melompat-lompat katak untuk menghilangkan takut,akhirnnya tiba la giliran patik bertarung dengan budak victory.anda tahu,beliau sungguh besar dan kaki panjang.saya hanya membayangkan kaki beliau hinggap di muka saya sahaja.bila masuk gelanggang terus je x da perasaan.hilang semua takut.nak berlawan pun macam blur.lupa jugak kata-kata hikmah dari incik alip.haih.sedar-sedar saya disepak dan dichopping.haha.nak tahu apa yang saya selamatkan?of course la muka.haha.


then dapat warning,jangan pandang belakang.dah macam cerita hantu pulak.tapi nak jugak pandang sebab sumpah sangat takut.dah la beliau black belt.anytime saya jadi target beliau.
lepas tu sedar masa dah tamat.haha.bak kata incik alip,saya lawan 30 saat.tapi kenapa saya rasa macam lama je.macam dah sampi 1 minit?itu la hikayat cik ayuya pergi tournament.


jeng-jeng-jeng.





dapat jugak cik ayuya medal even gangsa.sapa nak bagi weyh.unexpected kot.mula2 x expect nak join taekwondo,x expect jugak pergi tournament.bila pergi rasa macam nak kalahkan diri je.memang kalahkan diri pun.tup tup dapat gangsa.jadi la.at least ada la tanda ingatan aku kat kolej nih.hehe.opah dapat gangsa dalam tournament masa belajar dekat kolej opah belajar dulu.ecece..tu la skrip aku untuk cucu aku esok.40 tahun akan datang .


tata.


teka teki:yang mana satu saya punya.sapa jawab betul dapat hadiah