as'salam.
harini rasa macam nak berbelog pasal sesuatu.just my opinion.ada yang x puas hati sila tinggalkan komen.
bukan apa.rasa sekarang ni macam banyak sangat haters di luar sana.okeh2 bukan nak bercerita tentang mereka.tetapi tentang lelaki.wuuuuwuuu~
beberapa hari yang lepas berbalah dengan seseorang yang dipanggil pemandu teksi.memang suka berbalah dengan dia.rasanya cik azna tahu.eh,bukan rasa dah tapi memang tahu.LOL
kata pemandu teksi aku ni perempuan yang pandang harta.aku sangat tak paham weyh.kenapa mesti macam tu.dulu pun kene jugak sedas.mungkin gaya aku kot.tapi gaya yang macam mana yang boleh sampai terdetik nak pikir macam tu.ntah la.
yuna kata yang sebenarnya aku ni bukan lah memilih sangat.x pun.aku x mintak lelaki yang gagah perkasa.aku x mintak lelaki yang kacak bergaya.aku x mintak lelaki yang kaya raya.cukuplah lelaki tu terima aku seadanya.boleh terima background family aku.sayang aku sepenuh hati.dan tahan karenah aku yang banyak sangat perangai.
TAPI,
bukanlah aku nak yang lelaki yang tiada wawasan dalam hidup.serius.aku semacam x boleh terima bila lelaki tu x ada wawasan dalam hidup dia.dalam stage umur aku ni,x payah la nak bajet wawasan nak ada business import eksport esok lusa.tapi kalo ada apa salahnya.=P cukuplah kalau bila ditanya rancangan masa hadapan,lelaki itu boleh menjawab dengan lancarnya dan sudah berusaha ke arah apa yang dirancang.macam,contoh,seperti seseorang yang kata lagi 5 tahun nak hantar rombongan.haha.bengong kau ayu.
okeh,berkenaan dengan duit pulak.rasanya zaman sekarang ni semua benda pakai duit.betul?nak masuk tandas kat sogo pun kena bayar 30sen.low yatt lagi la.kena 50 sen.contoh semata.kan?semua benda kena pakai duit.makan pun bukan boleh makan free je.boleh kalau orang belanja.tapi sampai bila.sampai umur 60 tahun nak jugak orang belanja.orang yang belanja tu pun dah macam cari duit untuk korang je ye tak?habis tu,cuba cerita dengan aku,lelaki kalau x da duit macam mana nak sara anak bini kalau dah kawin nanti?nak merempat tepi jalan je ke?
ini pengalaman aku la.bukan nak bukak aib.tapi ada la sedara mara aku yang kehidupan susah sedikit.antara kami,dia la yang paling susah.ye,dia lelaki.dan dia dah pun berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.kehidupan dia sangat la susah masa mula-mula dapat anak dulu.anak sulung dia makan nasi dengan garam je.x makan lauk.kesian kitaorang tengok.sampai sekarang anak sulung dia tu makan macam tu.adik-adik yang lain bila jumpa makanan sedap dah macam orang x pernah makan.kadang-kadang sehari x makan.berlapar sampai malam tunggu ayah dia balik.aku x pernah rasa susah macam tu.tapi diorang memang jenis memahami mak bapak.masing-masing tau peranan.sungguh,kalau aku berduit,memang aku hulur duit,tolong apa yang patut.tapi aku x berdaya.makan minum pun mak aku tanggung.family aku kalau kata nak makan sedap je,mesti bawak sikit untuk diorang.x pernah lupa.arwah opah aku pulak macam x boleh nak telan kalau x bagi makanan dekat cucu dia.sangat sedih.aku tau ada lagi orang yang lagi susah dari sedara aku tu.
korang boleh nampak x betapa pentingnya duit dalam kehidupan sekarang.harga barang pulak bukan murah.
aku bukanla mintak dia tu mesti kaya raya.letak duit bersepah-sepah.tapi cukup la boleh sara hidup aku.aku bukan jugak mintak bagi rumah banglo sebijik.mintak kolam renang bawah katil dan sebagainya.cukupla sebuah rumah yang boleh berteduh.atau pun bagila kat aku dslr sebijik.baru bermakna hidup.WTFish kau ayu.
pasal rupa paras,rasanya menang x penting pun.cukup la rupa paras yang buat aku tenang bila aku tengok.yang sweet je.yang boleh aku rasa nak jatuh banyak kali sebab sweet kat mata aku.=)
pandangan orang lain memang x diambil kira.sebab orang lain punya taste memang x ngam dengan aku.betul x azna sayang?haha
hurmm.cukupla sampai sini dulu.idea lain aku korek lagi sampai terhasil new entri.