belog ini 100% taipan empunya belog.segala isu yang dibangkitkan adalah pendapat dan pandangan sahaja.take it or leave it.thank you

Monday, March 7, 2011

siapa suka baca novel?angkat tangan cepat.

pagi-pagi ni aku sedap je memonteng kelas sebab semalam gasak tidur lambat.tu la padan muka hang ayu.bangun terus siapkan keja taxation yang memang aku suka buat lagi 5 minit nak masuk kelas.macam tu la.pemalas punya orang kan.


dan sewaktu entri di taip kerja sudah siap.alhamdulillah.dan lagi,tadi semasa menyiapkan notes tu,terpandang la rak yang sebelah meja.perghh!banyak jugak novel yang aku x sentuh lagi.niat di hati memang nak baca.tapi aku kalau dah start jangan harap nak panggil-panggil ajak ke mana-pmana waima nak buat apa-apa pun malas sebab dalam kepala otak memang dah target nak habiskan secepat mungkin.macam haritu kat rumah,mak ajak teman dia pun x nak.nak jumpa buah hati (refer to aiman najmi) pun x nak.


katanya,novel malay sekarang sangat cliche.balik-balik kena kahwin tanpa rela,lepas tu akhirnya jatuh cinta.end.happy ending.pada aku,betul jugak tu.sebab ada la jugak beberapa buah novel yang aku baca macam itu la jalan ceritanya.


tapi,ada jugak yang bukan.macam novel hanya kita berdua yang aku baca setahun lepas.sedih betul.kisah cinta terlarang.x ada pun kena kahwin paksa.lepas tu novel apa ntah yang aku baca tahun lepas jugak funny sikit.pun x da kahwin paksa.lagi novel apa ek?ntah.yang ni je mampu aku kerah.oh ye novel yang aku still x ingat tajuk pun sedih.pasal hidup rumah setinggan.life hidup setinggan.ini novel lama.pun best jugak.still xda kahwin paksa pun.


novel ni ada sign aina emir.plus ada tempat nama lenggong.
kampung siapa la tu ek???
(-.~)


mungkin novel yang aku x bukak plastik tu ada kot cerita cliche ni.hopefully x la.sebab aku pun muak sebenarnya.huhu.dan mungkin jugak lain tahun aku baca.sebab tahun ni sayang lagi nak bukak plastik.